Saturday, December 29, 2012

Al Fatihah kepada kedua Ibu Bapa kita .


Rasulullah SAW pernah bersabda :
” Setiap pagi sedekahkan al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu tak kira masih hidup atau telah tiada nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu. ”

Berdasarkan Hadith Nabi SAW :
” Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari.”

Huraian hadith:
  • Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
  • Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati)
  • Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT
  • Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh sungguh tadah tangan dan Bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru-guru kita dan mereka yang banyak menolong kita.
  • Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki Oleh Allah SWT.
Kesimpulannya:
  • Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris. Cuma jangan lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari.
  • Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita Dapat dari Allah contoh makan, kesihatan, kasih sayang, ilmudan lain2.)
  • Rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, STPM, IJAZAH tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita.

Doa


Apa itu Doa??


Siang malam kita berdoa, tetapi pernahkah kita bertanya tentang pengertian doa?

Menurut bahasa : Doa berasal dari perkataan arab "da'a" ertinya memanggil.

Menurut istilah syara' : Doa beerti “Memohon sesuatu yang bermanfaat dan memohon terbebas atau tercegah dari sesuatu yang memudharatkan .

Maka apabila kita berdoa, sudah tentu kita memohon sesuatu yang bermanfaat dan memberi kebaikan kepada kita. Dan tidak dinamakan berdoa bahkan merupakan perkara yang salah jika kita memohon sesuatu yang tidak baik tentang diri kita, seperti memohon supaya dimatikan. Pernah suatu ketika Nabi Shallalaahu ‘alaihi wa sallam menziarahi salah seorang sahabat Baginda yang sedang sakit, beliau berkata : Ya Allah matikanlah aku, aku tidak tahan lagi. Nabi Shallalaahu ‘alaihi wa sallam menegur sahabat-Nya dan Baginda memerintahkan supaya dia berdoa dengan lafaz : Ya Allah hidupkanlah aku jika kehidupan itu lebih baik untukku, dan matikanlah aku jika kematian itu lebih baik untukku.

Oleh itu, sama-samalah kita memohon segala kebaikan dari Allah.